"Set Bersalin NR adalah resipi tradisional yang telah dirumuskan secara moden bagi memudahkan para penggunanya dan telah diakui berkesan oleh ramai penggunanya. Ianya terdiri daripada 6 jenis produk herba yang perlu untuk penjagaan ibu-ibu dalam pantang bersalin."

Disertakan dengan 8 langkah mudah untuk peraturan penggunaannya serta tips pemakanan seimbangan semasa dalam tempoh pantang bersalin.

Set Bersalin NR mengandungi 6 jenis produk:
PhytoNatal (90 tablet)
Akar Herbanika (10 paket)
Minyak Herbanika (100 ml)
Herbanika Krim Barut (60 gm)
Herbanika Lulur (100 gm)
Uncang Cuci Herbanika (10 paket)

Kenapa Set Bersalin NR ?

bullet Masalah sembelit semasa dalam pantang bersalin dan terpaksa meneran semasa buang air besar ?
bullet Masalah luka jahitan lambat sembuh ?
bullet Badan lemah, lesu dan tak bermaya ?
bullet Risau berat badan akan bertambah lepas pantang bersalin ?

Jika salah satu persoalan di atas bermain difikiran anda, maka tidak silap lagi sekiranya anda memilih Set Bersalin NR

PhytoNatal (90 tablet) - Untuk dimakan
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
 

phytonatal
Dos/Cara pengunaan
Diambil 1-2 tablet sehari sekali

Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering. Jauhi daripada kanak-kanak. Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

Akar Herbanika (10 t-bag) - Sebagai minuman

akar herbanikaDigunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguat dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi.




Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Jika penyakit berlarutan sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

Minyak Herbanika (100 ml)
- Kegunaan Luaran

minyak herbanikaDigunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan dan sendi, memperlancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.





Dos /cara pengunaan

Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urutan. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat selesa.

Perhatian

~ Guna Minyak Herbanika sebelum mengunakan Herbanika Barut.
~ Bagi yang bersalin secara pembedahan.
Selama sebulan: Hanya sapu Minyak Herbanika kebahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.

Herbanika Krim Barut (60 gm) - Kegunaan Luaran

krim herbanika barutDigunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.


Dos /cara pengunaan
~ Digunakan dua kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
~ Sapu terlebih dahulu Minyak Herbanika pada bahagian perut serta pinggang diikuti kemudiannya dengan pengunaan Herbanika Barut suam-suam panas sebagai sapuan keseluruhan perut dan pinggang. Kemudian ikat dengan menggunakan kain barut.
 

Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

Herbanika Lulur (100 gm) - Kegunaan Luaran

herbanika lulurDigunakan secara tradisional sebagai penyental kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, untuk kehalusan, kesihatan dan kebersihan kulit.








Dos/cara pengunaan

Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mula lulur seluruh badan seperti berikut:
  • sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta sedikit air florida (jika perlu)
  • Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.
  • Guna air Florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.
  • Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.
Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

Uncang Cuci Herbanika (10 t-bag) - Kegunaan Luaran

uncang cuci herbanikaDigunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.
 

Dos /cara pengunaan.
Rendamkan 2 uncang Cuci Herbanika dalam liter air panas mendidih. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba. Boleh masukkan 2 sudu besar garam kedalam air herba. Kemudian tambahkan sedikit air biasa agar kepanasannya tidak melecurkan kulit. Guna airnya untuk mencebok atau mengunakan kapas untuk mencuci alat sulit wanita. Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.

Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.


NASIHAT DARIPADA PENGASAS - DATIN SHARIFAH ANISAH BARAKBAH
‘Jika anda mengamal dengan penuh disiplin, dedikasi dan tekun, dengan izinNYA, dijamin Kesegaran, Kecantikan dan Terpelihara Kewanitaan anda keseluruhannya.’


PERATURAN PENGGUNAAN SET RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NR

Langkah 1

Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk Bersalin Normal dan Pembedahan atau 'Caesarian' di Wad

Selepas keluar dari bilik bersalin ke dalam wad – Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu anda. Ikat rambut dengan rapi.


Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara ‘caesarian’.

Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan Stokin.

Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang (semasa peneranan berlaku) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahan) dan membantu melancarkan peraliran darah.

Langkah 2
Untuk Bersalin Normal - tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian ‘episiotomi’ / luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan selesa.


Untuk Bersalin 'Caesarian' – Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan selesa.


Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.


Langkah 3
Bengkung secara ringan/longgar dengan MINYAK HERBANIKA semasa di Wad

Bagi Kelahiran Normal -Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, disyorkan penggunaan ‘Strap-On Binder’** dengan ringan dan rapi.
** (Bengkung Moden yang mudah didapati di Farmasi)

Bagi 'Caesarian' – Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang (kecuali bahagian surgeri), pastikan kegunaan ‘Strap-On Binder’ yang ringan/longgar dan melepasi tundun sulit anda (tanpa memberi penekanan di bahagian ‘surgeri’). Anda boleh teruskan amalan ‘Berbengkung’ secara ini selama 2 Minggu sebagai langkah penjagaan awal.

Langkah 4
Penggunaan - UNCANG CUCI HERBANIKA
Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin Normal di Wad dan Rumah
  • Masukkan 2 genggam Garam dan 2 pkt UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas. Tekankan paket agar keluar pati herba yang pekat.
  • Lakukan cucian serta cebuk di bahagian sulit dan luka jahitan anda.
  • Kesat kering. Sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan ‘episiotomi’ dan tuangkan ia ke atas pad atau tuala sanitari anda.
  • Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin Caesar di Wad dan Rumah -
    Rendamkan 1 pkt UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas atau semangkuk air suam panas. Tekankan paket agar keluar pati herba yang pekat.
  • Lakukan cebuk dan cuci di bahagian sulit sehingga terasa bersih serta segar. Kesat kering
  • Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah ‘rengat’ atau ketidakselesaan di bahagian perut. 
Nota: Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam untuk dijadikan ‘Mandian Herba’ Ibu Bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.

Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan ‘episiotomi’. Sebagai mandian herba, ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki ‘angin sejuk’.

Langkah 5
Penggunaan - AKAR HERBANIKA – Untuk Minuman Antioksidan

Di Hospital atau Wad Bersalin – Minum 2 – 4 gelas/mug sehari atau 3 – 6 cawan sehari.
Rendam 2 pkt dalam 1 flask atau thermos air panas mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh – 1 sudu besar Madu Lebah Asli atau 'Pure Honey' sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.

2 pkt boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, rebuskan sebelum diganti yang baru.

Di Rumah – Buat Pilihan - Rendam atau Rebus

Disyorkan - rebus 2 – 3 pkt AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh – 1 sudu besar Madu Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.

2 pkt boleh diulangi rebus beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan yang baru.


Minuman Antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu Ibu, mengurangkan air berlebihan dalam badan atau atasi Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lelemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan. BOLEH DITAMBAH SERAI (ketuk), 2 inci HALIA TUA (ketuk), 1 SUDU BESAR HALBA dan DAUN PANDAN 1 – 2 helai diikat.


Langkah 6
Penggunaan - PHYTONATAL – adalah tablet Pembersih Rapi Dalaman

Untuk Bersalin Normal mula amal pada Hari ke 4 dan untuk 'Caesarian' mula amal pada Hari ke yang 7

Lawas Buang Air Besar - Normal
Ambil PHYTONATAL 2 – 4 tablet

Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit

Ambil PHYTONATAL 4 – 10 tablet

Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif

Ambil PHYTONATAL 1 – 2 tablet

PhytoNatal membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi ‘Angin Meroyan’ serta ‘Murung’, darah kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan susu Ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.


Nota: Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda pada malam hari.

Langkah 7
Penggunaan - KRIM BARUT

Bagi Kelahiran Normal pada Hari ke-4 sehingga 44 Hari (Disyorkan selama 60 hari) dan bagi Kelahiran Caesar atau Pembedahan pada Hari ke-15 sehingga 44 Hari (Disyorkan selama 60 Hari).
  • Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, sapu rata KRIM BARUT di perut, ari-ari, pinggang, pinggul serta atas peha.
  • Gunakan ‘Strap-On Binder’ (Bengkung Moden yang mudah didapati di Farmasi) atau Bengkung Tradisional (jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.
  • Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.
  • Gunakan Bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang. Bukakan bengkung untuk amalan cucian atau cebuk bahagian sulit atau bersediakan diri untuk waktu malam.
  • Sapu semula seperti diatas dan gunakan Bengkung semalaman.
Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.

Langkah 8
Penggunaan - HERBANIKA LULUR

Bagi rawatan di rumah untuk Kelahiran Normal dan 'Caesarian'
  • Sebelum mandi, ambil 1 – 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam.
  • Sapurata ke seluruh badan, lakukan ‘gosokkan’ atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara ‘kasar’ atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati. Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit ‘sensitif’ akibat penyusuan.
  • Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk badan anda).
  • Ulangi amalan ‘Lulur’ ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.
Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpikmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang ‘kembang’ atau ‘sembab angin’ dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan ‘angin sejuk’. Ia mengembalikan kemantapan kulit Ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.

beli sekarang


TIPS: PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG BERSALIN

  • Nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan makaroni.
  • Sayur-sayuran yang disyorkan ialah bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, lengkuas, daun dan bunga kunyit, ulaman lemuni, ulaman pegaga, daun pudina, daun kari, brokoli, karet dan sawi, serai , lengkuas.
  • Ikan segar yang dsiyorkan ialah ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
  • Makanan bijirin iaitu gandum (oats), empingan jagung (corn flakes), bran, muesli, beras merah, beras perang, beras, kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal/wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
  • Buah-buahan yang boleh disyorkan ialah epal merah, oren manis (limau manis), kurma, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, lai, pic, aprikot, strawberi, anggur (jangan berlebihan boleh akibatkan batuk), jus epal, ribena dan sirap.
  • Minuman berkhasiat disyorkan susu, susu soya, horlicks, milo, dan akar herbanika.
  • Gunakan pemanis iaitu madu lebah asli, gula merah, gula perang dan raw sugar.
  • Teruskan amalan Vitamin sebagai suplimen anda semasa menyusu bayi.


Soalan:
Adakah set Rangkaian Herbanika Bersalin mencukupi pemakaiannya / pengunaannya untuk jangkamasa / tempoh 1 bulan ?

Jawapan:
Set Rangkaian Herbanika Bersalin NR yang dikeluarkan dalam pek terbaru khusus untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin adalah untuk anggaran 1 bulan.

1 - Mustajab PhytoNatal – 90 tablet
Kelahiran Normal
Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke – 4 selepas bersalin. Dosej yang disarankan adalah bergantung kepada kelawasan pembuangan air besar anda. 1 botol PhytoNatal jika di ambil dosej diantara 2 – 3 tablet 1 hari boleh bertahan selama 30 hari – 45 hari.

Kelahiran Secara Pembedahan

Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke 4 – 7 selepas bersalin ( bergantung keadaan kesihatan ibu bersalin ). Dosej yang disarankan adalah bergantung kepada kelawasan pembuangan air besar anda. 1 botol PhytoNatal jika di ambil dosej di antara 2 – 3 tablet 1 hari boleh bertahan selama 30 hari – 45 hari.
Nota : Bagi ibu yang mengalami masalah sembelit, selepas tempoh 30 hari, teramat disyorkan penerusan pengamalan PhytoNatal. Anda masih boleh meneruskan pengambilan PhytoNatal walaupun setelah tamat tempoh berpantang.

2 - Akar Herbanika – 10 Uncang

Pengambilan minuman Akar Herbanika disyorkan pada hari pertama selepas bersalin.
1 pkt Akar Herbanika yang direndam dalam 1 teko air panas mendidih dapat diguna semula untuk tempoh 3 hari. Pengamalannya setiap hari adalah mencukupi selama 1 bulan.
Nota penting : Bagi ibu yang melalui pembedahan, disyorkan pengambilan minuman Akar Herbanika pertamanya selepas berjaya melakukan sendawa atau pembuangan angin ( kentut ).

3 - Minyak Herbanika – 100ml

Disarankan pengunaannya pada hari pertama selepas bersalin. Anggaran 1 botol Minyak Herbanika dengan pengunaan 3 ml setiap kali boleh bertahan sehingga 1 bulan.

4 - Krim Herbanika Barut – 60 gm

Adalah disyorkan sapuan Minyak Herbanika sebelum sapuan krim Herbanika Barut. Digunakan sebagai krim sapuan bahagian perut sebelum berbengkung. Amalan seharian 2 kali dapat bertahan selama 30 hari .
Kelahiran Normal – sapuan bermula pada hari ke – 4 selepas bersalin.
Kelahiran Secara Pembedahan – sapuan disyorkan selepas 1 minggu – 2 minggu selepas bersalin ( mengikut keadaan luka jahitan pembedahan ).
Dosej yang disarankan bagi ibu yang bersaiz kecil, tekan tiub krim Herbanika Barut sebesar syiling 20 sen di tapak tangan, sapu rata di bahagian perut dan pinggang.
Dosej yang disarankan bagi ibu yang bersaiz besar, tekan tiub krim Herbanika Barut sebesar syiling 50 sen di tapak tangan, sapu rata di bahagian perut dan pinggang.

5 - Herbanika Lulur – 100 gm

Disyorkan pengunaannya pada hari ke 4 sehingga ke hari 20 selepas bersalin. Anggaran pengunaan setiap kali sebanyak 1 – 2 sudu besar penuh.

6 - Uncang Cuci Herbanika – 10 pkt

1 pkt Uncang Cuci Herbanika yang direbus bersama 1 cerek air dapat diguna sebagai air cebukan atau rendaman untuk tempoh 5 – 7 hari. Anggaran pengunaannya adalah mencukupi selama 1 bulan.

Pesanan Sekarang


"Ribuan pelanggan kami telah menikmati faedah dan keistimewaan dari Set Bersalin NR ini, anda bila lagi !!??"

Utama | PesananHubungi